Thursday, August 27, 2015

Bidangku

Assalammualaikum semua..

Untuk entry kali ini aku nak tulis tentang bidang yang aku amik ini...Ramai tanya aku kenapa amik bidang ini???Jawapannya aku pun tidak tahu dan aku still mencari. Tapi ada satu benda yang aku tahu dan boleh direlatedkan dengan bidang ini ialah aku seorang yang sukakan baby. Bagi aku bila aku bersama mereka aku rasa tenang, gembira. Tak ada fikir apa pun walaupun pada ketika aku ada masalah. Perassan itu yang menyebabkan kenapa bila aku jumpa baby aku akan dukung..


(Nie gambar sepupu aku yang aku jaga dari dia baru lahir..kalau mak dia keje dan ayahnya ada kerja aku yang akan jaga)

Kalau nak mengimbau kembali dari kecil aku tidak terfikir pun akan amik bidang nie. (waktu kecil mana tahu ada bidang nie yang tahu polis, doktor, guru, bomba...)(Kalau fikir ada bidang nie terer lah budak tue ..haahha). Aku masih ingat kalau masa sekolah rendah cikgu tanya nanti besar nak jadi apa??Aku jawab jadi cikgu dan polis..Alasan pilih nak jadi polis sebab nak pegang pistol. Smapai lah aku masuk sekolah menengah. Masa tingkatan satu aku amik jurusan ekonomi rumah tangga hingga lah aku tingkatan 3. (Boleh lah jahit sikit2 tapi sendiri punya je lah...orang lain punya x berani nnt jadi benda lain pulak..hahh). 

Ketika aku masuk menengah atas iaitu tingkatan 4 aku amuk aliran sains akaun sehingga aku tamat sekolah tingkatan lima. Aku pun tak tahu kenapa aku x ikut cakap mak aku yang suruh tukar ke aliran prinsip akaun.. (tuelah gatal juga nak amik fizik, kimia, add math...terer konon..hhaha). Huru hara jugalah nak belajar fizik, kimia, add math tue. Ialah kena hafal fomula f=ma , chart kimia tue lah dan 4(x-y) ...pening engkau. Tapi alhamdulillah aku lepas spm..


Habis saja SPM aku ada berniaga nasi lemak..saja nak cari duit poket sendiri. Adalah dalam 4 bulan aku berniaga (DEC- MAC). Bulan Mac tue result SPM keluar (dalam tengah  bulan). Then aku dapat offer lagi kolej Islam Antarabangsa untuk buat diploma 2 tahun 8 bulan dekat gombak. Aku terus terima offer tue walaupun aku ada dapat STPM. Aku x amik STPM sebab bagi aku tue macam jalan mati. Yelah kita kena belajar 2 tahun then periksa, kalau tak lulus periksa tue kita dah bazir tahun kena amik diploma balik. Baik amik diploma terus. (Pandangan aku je tentang STPM). Pada 30 April 2011 aku daftar untuk diploma. Alhamdulillah aku habis diploma aku pada Sept 2013. 

Selepas habis je praktikal diploma aku terus sambung study degree dalam bidang yang sama. degree nie pulak adan buat twining programme dengan Teesside University UK. Aku dapat buat degree aku 2 tahun sbb aku dah ada diploma dalam bidang yang sama. InsyaAllah aku akan habis degree aku nie bulan 12 tahun 2015 dan aku akan convo tahun depan bulan 11 (lama lagi tue sempatlah aku cari duit..hhaha). Ada hasrat nak sambung lagi belajar tapi aku kena kerja dulu cari pengalaman dan duit sendiri untuk belajar. Taknak dah susahkan mak bapak aku.

Macam tue lah kronologi kisah study aku, bagaimana aku boleh masuk dalam bidang nie. Sekarang aku tunggu masa untuk praktikal je. Doakan yang terbaik untuk aku ye...

Terima kasih baca entry ini!!!


Saturday, August 8, 2015

Study

Asssalammualaikum semua..
Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk terus menulis..
Lama dah tidak usik blog ini. Rindu sangat nak menulis walaupun tidak ada orang membaca...
Tapi takpe aku tulis untuk simpanan aku tapi kalau ada yang sudi baca terima kasih dan alhamdulillah..Okay mari aku sambung entry sebelum ini...Peristiwa yang berlaku pada hari persembahan itu sangat membuat aku sedih. Pada hari tue aku bergabung dengan intake yang yang awal beberapa bulan, then mereka seolah-olah pandang rendahlah pada aku dengan kawan aku yang masuk lambat. (aku ada sebab kenapa aku masuk lambat).


(Inilah sebabnya)

Aku baru sahaja habis practical diploma aku...Yang paling aku tidak boleh lupa lecture pun pandang rendah pada aku dan kawan aku. Nampak sangat bila lecture itu ajar aku. Kami tidak tahu apa salah kami ketika itu..Sedih sangat tapi apa boleh buat..Bukan itu sahaja mereka pandang rendah pada kami sebab markah kami untuk subject teesside tidak berapa nak perform sangat, so mereka ingat kami ini tidak mampu. Lepas hari itu kami lakukan sebaik mungkin. Sehinggalah sekarang aku berjaya dalam semua subject teesside aku...(Gembira dan bersyukur sangat bila dapat result...nak tunjuk result tapi segan lah)

(result aku)

Alhamdulillah dengan izin Allah aku lulus setelah 2 tahun aku belajar. InshaAllah semester ini adalah semester terakhir aku untuk degree ini. Bulan 9 nie aku start practical untuk completekan my degree. Doakan aku berjaya. Baiklah sampai sini dulu entry aku untuk study aku..sebenarnya banyak nak cerita, inshaAllah entry lain pulak aku cerita apa lagi yang berlaku..
Terima Kasih membaca :)